Monday, December 5, 2011

~WiFi rosakkan sperma~

PENEMUAN

Jika anda seorang lelaki yang gemar menggunakan perkhidmatan Internet wayarles (WiFi), tidak salah untuk berwaspada dengan penemuan ini.
Dalam kajian yang disiarkan oleh Junarnal Fertility and Sterility baru-baru ini mendedahkan bahawa komputer riba dengan WiFi berisiko ununtuk mengancam kualiti sperma.
Kajian makmal oleh penyelidik di Argentina dan Amerika Syarikat itu mendapati bahawa isyarat WiFi yang di dekatkan dengan sel sperma di dapati mengurangkan kualiti sperma serta merubah kod genetik. 
Namun Begitu, pengkaji mendapati bahawa suhu panas yang dihasilkan daripada komputer riba tersebut turut menjadi sebab mengapa kualiti sperma menurun kerana sel tersebut sensitif terhadap suhu panas.
Ramai pakar menjelaskan bahawa kajian tersebut perlu dilakukan dengan lebih teliti untuk membuktikan kesahihannya.

Saturday, December 3, 2011

~Wahai WANITA...~



Cuba Antunna fikir kenapa wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki???
kenapa tak diambil dari kepala???
kenapa tak diambil dari kaki???
kenapa tak diambil dari tangan???
atau tubuh yang lain???
sebabnya..
wanita tidak dicipta dari kepala lelaki supaya tidak mengungguli kudrat lelaki..
wanita tidak dicipta dari kaki lelaki supaya tidak dihina dan DIPIJAK2 oleh lelaki
wanita tidak dicipta dari tangan lelaki supaya tidak dipukul,disepak,dilempang or ape2 je la yg guna tgn...
TAPI KENAPA TULANG RUSUK???
bukan tulang belakang or tulang rawan ker..tulang tangan ker..tulang kaki ker...
ok..Antunna akan paham melalui hadith ni


Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:


Artinya:
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Antum meluruskannya, sama artinya Antum memecahkannya. Jika Antum biarkan, dia akan tetap bengkok. Karena itulah, Antum harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan.


paham tak maksud hadith ni????


kalau x paham meh ana terangkan dgn lebih mudah... (",)


Jika Antum meluruskannya, sama artinya Antum memecahkannya - ni maksudnya, wanita ini ada kekurangannya...mungkin dari sifatnya...so as a men or suami antunna kene la tau sifat buruk isteri antum...boleh diperbaiki dgn syarat secara lembut..bukan rentap atau paksa ok...


Jika Antum biarkan, dia akan tetap bengkok - ni lak maksudnya kalau tidak diperbaiki, isteri or wanita ini akan terus dgn sifat buruknya... (^_^)Vv
WallahhuA'lam

Friday, November 11, 2011

~Saling Mencintai di jalan ALLAH~

Mutiara Yaqut bewarna Merah
                              

Rasulullah SAW menegaskan bahawa  orang yang saling cinta mencintai di dunia kerana Allah, akan di sediakan syurga yang keindahannya laksana bintang yang cemerlang:


 "Orang-orang yang saling mencintai akan melihat bilik-biliknya di syurga sedemikian indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat"



Dalam hadis  lain Rasulullah SAW menjelaskan mengenai ganjaran yang bakal diterima di syurga bagi orang-orang yang saling berkasih sayang:


"Mereka yang berkasih sayang di jalan Allah, adalah di atas suatu tiang dari mutiara yaqut yang bewarna merah. Pada puncak tiang itu ada tujuh puluh ribu bilik. Mereka itu melihat kepada penduduk-penduduk syurga  yang bercahaya sebagaimana matahari memberi cahaya kepada penduduk dunia. Maka berkatalah penduduk syurga, "Datanglah kepada kami supaya kami melihat kepada orang-orang yang berkasih sayang di jalan Allah."
Wajah mereka memancarkan sinar, mereka memakai kain sutera bewarna hijau, yang tertulis pada dahi mereka, "Orang-orang yang berkasih sayang pada jalan Allah."

( H.R. At-Tirmidzi)


Tuesday, November 8, 2011

~SIAPAKAH KITA?~

..Bismillahirrahmanirrahim..


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang memberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Orang yang tidak mahu melakukan ibadah tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatan.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia marah.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian da dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak mengendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata ' Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun '. Lalu sambil berkata , ' Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini ', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Adalah Orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya  lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendeksedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang beria-ria berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang sentiasa mempertingkatkn ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur dalam hidupnya?
Orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang tidak solat kerana hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan solatnya, pertama sekiranya ia haid kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang muda yang selalu menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang  mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mati membawa amal-amal kebakan di mana kuburnya akan d perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya dihimpitkan.

Siapakah orang yang mempunya akal?
Orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia sebelum menghindari seksa api neraka.


..Wallahua'alaam..
                                                                

Wednesday, August 3, 2011




Assalamualaikum w.b.t
Hari isnin bersamaan dengan 1 Ogos 2011 semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Bulan Ramadhan. Sempena dengan itu, ana nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semoga kita semua mendapat keberkatan dan gunakanlah sepenuhnya 30 hari yang diberi untuk beribadat.

Mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Siapa tahu kan? Peringatan untuk diri sendiri dan antum semua. Kata bawah ni ana ada letak Fadhilat Bulan Ramadhan. Kalau sudi boleh baca dan sebarkan, semoga mendapat manfaat.

Kelebihan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Penerangan Hadis

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Wallahua'alaam..

                                                                

Saturday, June 18, 2011

Ternyata ayah itu MENAKJUBKAN!!!!



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya 
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya. 
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya 
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. 
Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki." 
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". 
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. 
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, 
terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan 
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." 
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. 
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya. 
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada 
keluhan dan rasa sakit?" 
Ibunya menjawab: 
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap 
keluarga itu memang akan demikian." 
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah 
ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok? 
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai 
jawapan rasa kebingungannya selama ini. 
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung." 
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat 
pula untuk melindungi seluruh keluarganya." 
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya". 
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat 
panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-perihnya." 
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa ada keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan 
kerapkali menyerangnya". 
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun 
juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara." 
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak- 
anaknya." 
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan 
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi." 
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan 
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha 
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya." 
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun 
sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat." 
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya. 
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah." 


 Oleh itu jika ayah kita masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah kita telah tiada, jangan putuskan tali 
silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu 

menjaganya dengan sebaik-baiknya. 




KEPADA BABAH, KAK LONG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI BAPA.. TERIMA KASIH KERANA MENJAGA KAK LONG DAN ADIK-ADIK..
EVEN KEHIDUPAN INI BANYAK UJIAN DAN CABARANNYA BABAH KENA INGAT BAHAWA KAK LONG SAYANG BABAH DAN SENTIASA MENYOKONG BABAH WALAUPUN ORANG SEKELILING KITA TIDAK PUAS HATI DENGAN KEBAHAGIAN YANG KELUARGA KITA CIPTA..

Jazakallah bil jannah untuk setiap peluh yang kau teteskan, untuk
setiap kerut dahimu yang tak sempat kuhitung, untuk setiap jaga
sepanjang malam ketika aku sakit dan ketika kau merindukanku, untuk
asam pedas dan tomyam yang paling lazat sedunia, untuk tempat duduk terbaik di
bahumu yang begitu kekar ketika aku ingin melihat pawai, untuk titis
"air mata laki-laki " yang begitu mahal ketika kau khawatirkan aku,
untuk kepercayaanmu padaku, meski seringkali ku hianati.
Tak akan pernah bisa terbalas segalanya, kecuali dengan
.......jazakallah bil jannah, " semoga Allah mengganti semuanya
dengan syurga, semoga dapat kubayar dengan syurga yang Allah beri,
semoga...... .."



ALLAH SENTIASA BERSAMA BABAH INSYAALLAH.. AMIN

Saturday, May 28, 2011

Kelebihan memberi 'MAAF'

                                                                   

     Secara alami, seseorang apabila ditimpa sesuatu yang buruk disebabkan tindakan orang lain selalunya akan membiri riaksi negatif. Dalam hatinya akan muncul perasaan dendam. Kemungkinannya orang tersebut akan membalasnya dengan tindakan yang sama, atau mambalasnya dengan tindakan yang lebih buruk daripada yang menimpanya.

     Adakah membalas dengan perlakuan yang sama lantas perasaan dendam itu akan hilang? TIDAK. Lalu setelah membalas perlakuan buruk dengan yang lebih buruk, apakah perasaan dendam itu akan hilang, kerana berasa puas dengan tindakan yang membuat pembalasan yang lebih? sekali lagi tidak. Perasaan dendam itu tidak akan hilang, walaupun perlakuan buruk telah dibalas dengan yang lebih buruk.Perasaan negatif itu akan muncul tanpa boleh dibendung, kecuali dengan meMAAFkan..
     
     Kemungkinan seterusnya adalah orang yang ditimpa perkara yang lebih buruk, akan membalasnya kembali dengan yang lebih buruk lagi. Kemuncaknya adalah, salah seorang dari keduanya akan terkorban. Lalu, keluarga yang terkorban akan membalasnya dengan mengorbankan musuhnya. Akhirnya wujud permusuhan yang berpanjangan antarakeluarga, antara kumpulan, antara parti, dan sebagainya. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya semua orang akan bertindak sedemikian dalam sebuah negara? Kedamaian akan hilang.

     Jadi apa langkah yang sesuai ditimpa sesuatu yang buruk disebabkan tindakan orang lain? sekali lagi, mamaafkan orang tersebut. Ada rahsia yang tidak nampak oleh mata kasar ketika kita meMAAFkan. Jika kita memaafkan orang yang melakukan hal buruk, ada kemungkinan ia pun akan meminta memaafkan kita. Paling tidak, orang yang memaafkan akan terhindar daripada belenggu perasaan dendam yang akan terus menyeksa batinnya. Langkah selanjutnya adalah berSABAR atas apa yang menimpa. Dan, kebahagiaan akan muncul mewarnai jiwanya. Sebab, memaafkan dan sabar hanya lahir dari hati yang bahagia.

     Allah telah memberikan bimbingan kepada Rasulullah s.a.w dan umat baginda melalui firman- Nya. "Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpa kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang bersabar". (surah an-Nahl [16]: ayat 126)

     Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ayat ini turun ketika Rasulullah s.a.w melihat jenazah Hamzah yang gugur sebagai syahid dalam perang Uhud dengan keadaan tubuhnya yang amat memprihatinkan. Seketika itu, Rasulullah berucap, "Sungguh aku akan membalas dendam kepada orang kafir, Aku benar-benar akan membunuh 70 orang di antara mereka". Dan, turunlah ayat ini. Allah memberikan nasihat kepada Rasulullah agar bersabar. Kerana itu adalah yang terbai. Dan, khirnya Rasulullah membatalkan niatnya untuk membalas dendam. Maka memaafkan dan sabar adalah langkah yang paling tepat bagi siapa sahaja yang menginginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
                                                                            

Antara DULU dan KINI


JAHILIYYAH DAHULU

Wanita-wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki lain akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud, Mana-mana lelaki yang ingin malakukannya seks bebas, maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana yang disukainya...

JAHILIYYAH MODEN

Usahkan rumah, kini, bilik hotel, kelab malam, Pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan HARAM.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
AHILIYYAH DAHULU

Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah, tetapi menginginkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya.

JAHILIYYAH MODEN

Tidak hairan lah sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga, seks bebas & zina akan menjdi amalan mereka. Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina, iaitu memuaskan hawa nafsu semata-mata sedangkan  ia tidak akan pernah kenyang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

JAHILIYYAH DAHULU

Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki-lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan itu nanti.

JAHILIYYAH MODEN

Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab. Akibat tekanan hidup dan perasaan, bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti  "sampah".
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelaslah bahawa Jahiliyyah moden adalah lebih ekstrim impaknya dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan Jahiliyyah dahulu (sebelum kedatangan ISLAM) . Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada menusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri. Namun malangnya, kini wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara SUKARELA. Adakah anda rela sekiranya pengabaian HUKUM HIJAB ini terus berlaku ?? Jika tidak, kekalkan hijab anda, dan bantu mereka yang di sekeliling anda untuk menyelami erti kata HIJAB yang sebenar.... 'tepuk dada tanya IMAN'...


Friday, May 20, 2011

Dia pesuruh ALLAH..~



Dia pesuruh Allah
lahir sebagai anak yatim piatu
tetapi membesar dengan membawa rahmat.

Ketika beruzlah di Gua Hira'
datanglah malaikat Jibril membawa wahyu
mengajar Nabi menyebut Iqra’.

Menyebarkan Islam bermulalah sudah
di Makkah sedikit saja yang percaya
berhijrahlah Nabi dan sahabat ke Madinah.

Sampai di Madinah disambut dengan meriah
mulalah Nabi dan sahabat membina Masjid Quba
Ansar pula menghulurkan bantuan.

Bermulalah misi dakwah
bersaudaralah Muhajirin dan Ansar
saling bersatu padu berkasih sayang.
 
Dialah kekasih Allah
kehidupannya sederhana sekali
rela berkorban demi umatnya.

Akhlak mulia menjadi kebiasaan Nabi
dia mudah memaafkan, senyumnya memikat hati
berkasih sayang kepada semua makhluk.

Pemergian Nabi ditangisi
Umar terus menghunuskan pedangnya
Abu Bakar datang meredakan suasana.

Dialah insan teladan
meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah
supaya menjadi panduan kepada umatnya.

Di Jalan Bahagia

Di jalan bahagia ini
terasa keinsafan
terasa kehambaan
terasa kelemahan
terasa takut kepadaNya.

Di jalan bahagia ini
terasa ingin sederhana
terasa cukup segalanya
terasa zuhud kepadaNya
terasa syukur kepadaNya.

Di jalan bahagia ini
bersama hidayahNya
terasa bermujahadah
terasa berhijrah
terasa bermujahadah diri.

Di jalan bahagia ini
bersama keimanan
bersama amalan
bersama kasih sayang
bersama ketaqwaanNya.

Di jalan bahagia ini
terasa cinta Ilahi
mengingatiNya menjadi tenang
terasa kebesaranNya
beribadah kepadaNya penuh khusyuk.

Di jalan bahagia ini
terasa cinta RasulNya
berselawat kepadanya
dengan dihayati
kagum dengan sunnahnya
terpesona dengan akhlaknya.

Di jalan bahagia ini
berpandukan al-Quran
berpandukan as-Sunnah
menghayati kitabNya
mengamalkan sunnah RasulNya.

Di jalan bahagia ini
indahnya hidup bersama Ilahi
indahnya hidup bersama Nabi
bersama keredhaanNya
bersama perlindunganNya.

Xin shang de Rasulullah (Kekasihku Rasulullah)




Xin shang de Rasulullah
ren er you xiao de mian
pang ta cheng zai shen qiu
gei wo chun guang.

Xin shang de Rasulullah
ren er you duo shao bao
zang ta neng zai hei yei
gei wo tai yang.

Kekasihku Rasulullah
senyumanmu memberi wajah
musim bunga dalam
musim luruh.

Kekasihku Rasulullah
cahayamu menyuluh
pada malam
berjelaga penuh.

Sunday, April 17, 2011

Di Mana Allah?

           PADANG PASIR membentang luas. Matahari bersinar menyala seolah-olah hendak membakar ubun2 kepala.Di sebuah jalan yang membelah padang pasir, tampak seseorang berjubah putih sedang berjalan kelelahan. Orang itu tidak lain adalah Abdullah Bin Umar ra, salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw, yang terkenal kealiman (tinggi ilmu) dan kezuhudannya (sederhana). Dia sedang berjalan keluar dari Madinah menuju ke Makkah untuk beribadah di Baitullah.

           Berkali-kali Abdullah bin Umar ra menghentikan langkahnya sesaat, untuk meminum seteguk air perbekalannya. Namun sayang, kantong airnya telah kering kontang. Dia benar2 kehausan. Dia melihat ke sekelilingnya, sapa tahu ada orang Badui atau pengembala yang boleh memberinya seteguk air penawar dahaga. Namun, sejauh mata memandang, yang dia temukan hanyalah warna kecoklatan samudera pasir.
Dia tetap sabar dan terus berjalan, sampai akhirnya matanya menangkap beberapa titik hitamdan putih di kejauhan sana, di balik bukit pasir. Hatinya merasa lega, berkali-kali dia mengucapkan Alhamdulillah. Dia yakin, titik hitam putih itu adalah manusia. Abdullah terus melangkahkan kaki untuk mendekati titik hitam dan putih itu. Ketika sudah dekat pengiraannya tidak meleset. Titik2 hitam dan putih itu adalah seorang pengembala dan kambing2nya.

            Ketika Abdullah bin Umar ra sudah berada tak jauh daripada pengembala itu, tetiba terlintas dalam benaknya untuk menguji pengembala itu. Dia ingin tahu apakah ajaran Islam telah sampai ke tengah padang pasir yang terpencil jauh itu? Dia ingin tahu juga, adakah pengembala itu menerima ajaran suci yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw?
Setelah mengucapkan salam, Abdullah bin Umar berkata kepada pengembala yang masih bocah itu, "Hai bocah, aku ingin membeli seekor kambingyang kau gembalakan ini. Bekalku sudah habis."
"Maaf Tuan, aku hanyalah seorang budak yang bertugas menegmbalakan kambing2 ini. Aku tidak bisa menjualnya. Ia bukan milikmu tapi milik kemajikanku. Aku tidak diberi wewengan untuk menjualnya". Jawab pengembala kambing itu.
       
         "Ah, itu masalah yang mudah. Begini, kau jual seekor kambing gembalaanmu padaku. Kambing yang kau jaga ini sangat banyak, tentu sangat sulit bagi pemiliknya untuk menghitung jumlahnya. Atau, kalaupun dia tahu ada seekor kambingnya tidak ada, bilang sajatelah dimangsa padang pasir. Mudah sekali bukan? Kau pun bisa membawa wangnya," bujuk Abdullah bin Umar ra dengan wajah yang tampak serius.

         "Lalu, di mana Allah? Pemilik kambing ini memang tidak akan tahu dan bisa dibohongi, tetapi ada Dzat yang Maha Tahu, yang pasti melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan Apa kau kira Allah tidak ada?" jawab pengembala itu mantap. Sungguh, jawapan itu membuat Abdulillah bin Umar tersentak.

       "Aku tidak di beri kuasa oleh oleh pemilik kambing ini untuk menjualnya. Aku hanya boleh mengembalakannya dan meminum air susunya ketika aku memerlukannya dan memberi minum para musafir yang kehausan," sambung pengembala itu.

        Dia berkata begitu sambil membongkok, memerah susu seekor kambing ke dalam sebuah mangkuk. Begitu penuh berisi susu, dia memberikannya pada Abdullah bin Umar.

       "Minumlah Tuan, ku lihat anda kehausan. Jika masih kurang, boleh di tambah. Jangan kuatir susu ini halal. Allah tahu itu halal sebab pemiliknya menyuruh aku untuk memberi minum musafir yang memerlukan," kata pengembala itu dengan tutur kata yang halus dan ramah.

       Abdullah Bin Umar menerima mangkuk berisi susu itu dengan hati terharu. Dia minum sampai rasa hausnya hilang. Setelah itu, dia mohon diri.
Di jalanan dia tidak bisa menyembunyikan tangisnya, teringat kata2 pengembala itu, "Di manakah Allah? Apakah kau kira Allah tidak ada?"

       Abdullah bin Umar menangis mengingatkan bahawa seorang pengembala kambing di tengah padang pasir yang pakaiannya cumpang-camping, ternyata memiliki rasa taqwa yang begitu mendalam. Dia memiliki kejujuran yang tinggi. Hatinya menyinarkan keimanan. Akhlaknya sungguh mulia. Ajaran Rasulullah telah terpatri dalam jiwanya. Abdullah bin Umar erus melangkah kaki sambil bercucuran air mata.

       Lalu, Abdullah bin Umar mencari kampung terdekatdan menanyakan, siapakah tuan si pengembala kambing itu? Begitu berjumpa, Abdullah bin Umar terus membeli budak itu dan memerdekakannya. Seorang manusia yang jujur dan memiliki rasa ketakwaan kepada Allah yang begitu tinggi tidaklah sepatutnya menjadi hamba sahaya manusia. Dia hanya pantas menjadi hamba Allah Swt.



Tuesday, March 15, 2011

MuQaLb~

                                    Ibrah Dari Sohabah


Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang persahabatan.


Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dia adalah ladang hati yang kau taburi dengan kasih sayang dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian .


Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "TIDAK" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "YA".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya, kerana tanpa ungkapan kata dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat dan keinginan lahirkan bersama dan di kongsi denagn kegembiraan yang tidak terkira.
Di kala berpisah dengan sahabat tiada kau berdukacita, Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau  nampak lebih jelas dalam ketiadaannya.bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah dataran.


Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan, Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan, hanya menangkap yang tiada diharapkan.


Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?


Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang boleh mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
dan dalam manisnya persahabat, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


Dan sertailah dengan kata-kata suci penegur diri agar bukti ukhuwah kita tetap bersemi....Ameen........


Hak seseorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara:

  1. Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah memberi salam.
  2. Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya.
  3. Apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya.
  4. Apabila beliau bersin dan menyebut Alhamdulillah, hendaklah engkau menyebut yaharmukallah / yaharmukillah.
  5. Apabila beliau sakit hendaklah kamu menziarahinya.
  6. Apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringinya. 

                                                                 (Hadis Riwayat Muslim)  

               But if the while I think on thee, dear friend,
               All losses are restored and sorrows end.
                              William shakespeare

Friday, February 18, 2011

Ya Rasulullah...sedihnya hati ini...

                                                                        
                                
              SAENGIL CHUKKA HAMNIDA YA RASULULLAH
Tanggal 12 rabi'ul awal dalam kalendar suatu masa dahulu mencatatkan satu pristiwa yang pasti dan satu peristiwa yang terdapat perselisihan di kalangan ulama' berkenaan dengannya. Buka lah kitab2 sirat lihatlah pada tanggal 12 Rabi'ul awal dalam kalendar umat islam ataupun kita katakan dalam kalendar sirah perjalanan agama ini di atas muka bumi Allah ada dua kisah yang saling bercampur-baur perasaannya di mana yang dimasyhurkan di atas muka bumi ini pada tanggal 12 rabi'ul awal itu tanggal kelahiran baginda NABI S.A.W, sedangkan bagi mereka yang merintis kelak dengan pengisian yang sebenarnya tanggal 12 rabi'ul awal adalah tanggal yang diperselisihkan berkenaan dengan kelahiran. Tidak apa kita tinggalkan pengisian tersebut sementara.

   Namun tanggal 12 rabi'ul awal secara pastinya disepakati oleh kesemua ulama' tarikh bahawasanya ianya merupakan tarikh kewafatan baginda NABI S.A.W. Justeru secara peribadinya pada tangaal 12 rabi'ul awal ini kadang kala ada sedikit pembabit dalam diri, samaada ingin bergembira dengan lahirnya insan yang bernama Muhammad ini ataupun bersama-sama dengan segilingan besar para sahabat ataupun bersama dengan para sahabat yang lain merasai akan kehilangan insan yang cukup disayangi bukan sekadar kawan-kawan ataupun sahabat tetapi seluruh alam ini merintih akan kehilangannya. Itu yang disepakati oleh ulama 12 rabi'ul awal tanggal kewafatan baginda. Dimana kalau kita hendak menghayati sirah dalam erti kata penghayatan yang sebenarnya antara titik nokhtah yang perlu kita lihat secara lebih teliti ialah saat-saat penghujung kehidupan baginda sehinggalah menemui Allah pada tanggal 12 rabi'ul awal sebab jikalau hendak di rujuk pada tanggal 12 rabi'ul awal atas sifatnya tanggal kelahiran antum bukalah kitab-kitab sirah yang disampaikan di masjid-masjid atau kuliah. Tidak banyak yang dapat di ceritakan pada tanggal 12 melainkan beberapa kisah yang penting antaranya dimusnahkan akan tentera abrahah pada tahun tersebut. Di kisahkan juga berkenaan dengan perselisihan ulama' samaada nabi itu lahir berkhatan ataupun tidak. Walaupun yang sahihnya nabi itu di lahirkan berkhatan itu pendapat ulama' yang kita boleh tengok dalam kitab sirah nabawiyyah itu antara pendapat yang diketengahkan.

     Sedikit perjalanan kehidupannya dengan adik-beradik susuannya dan ibu susuannya sebab kisah dengan ayah tidak berlaku kerana Nabi Muhammad di kandungkan di dalam perut ibu yang sudah kematian ayahnya. Kisah dengan ibunya juga adalah perjalanan yang terlalu singkat dilahirkan dan kemudian diserahkan kepada Halimatus Sa'diah. Menjalani dua kehidupan bersama dengan halimatus sa'diah kehidupan yang pertama biasa, sampai tempoh perjanjian di serahkan kembali kepada ibunya dengan permintaan untuk diambil kembali dalam masa yang sama melainkan diserahkan untuk kali yang ke dua selepas berlakunya peristiwa yang membelah dada. Itu sahaja. Melainkan selepas daripada kelahiran tersebut yang paling hampir untuk diceritakan dan dalam perceritaan yang panjang hanyalah selepas daripada Nabi itu bermula daripada ber'uzlah di gua hira'. Bermulalah sirah yang panjang, kalau tidak sirah sebelum daripada itu cuma menyentuh tentang masyarakat arab. Bukalah dalam kitab hayatul makhtum yang tebal bahagian awal itu tidak menceritakan tentang diri Rasulullah s.a.w itu yang sebenarnya sebab pada waktu itu Rasulullah tidak lahir lagi. Diceritakan keadaan masyarakat arab yang teruk, rosak akhlak mereka, fitrah manusia itu bertukar kepada fitrah kebinatangan itu kisahnya. Diceritakan juga raja-raja yang hidup sebelum daripada Nabi s.a.w bagaimana kaum yahudi yang ditawan oleh nasiobunism dan lain-lain. Kisah yang kita katakan segala-gala itu tidak ada kaitan dengan  Baginda Nabi s.a.w secara khusus. Melainkan kisah yang panjang berkenaan dengan sirah Nabi itu dikisahkan selepas Nabi berumur 40 tahun daripada kelahirannya yang awal. 40 tahun sehingga menghinggap usianya 63 tahun ke arah era-era menuju kematian itu yang lebih panjang kisahnya daripada era-era sebelum 40 tahun.

      Bercakap mengenai selamat hari lahir ya Rasulullah, bimbang takut tidak dapat mencapai maksud menyambut akan ketibaan Nabi yang agung ini sebab bukan itu yang Nabi hajatkan. Tetapi objektif tetap akan tercapai iaitu untuk menghadirkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w insyaAllah itu matlamat kita yang utama. Sebab kalau hendak dikisahkan akan ucapan 'Happy Birthday to You Muhammad', kalimah ini awal-awal di ucapkan oleh siapa anda tahu?.... ABU JAHAL.. Abu Jahal mengucapkan kalimah ini dalam ertikata menyambut akan kelahiran Baginda Nabi, bukan sambutan yang biasa tetapi disembelihnya dalam riwayat disebutkan 17 ekor unta. Kita sambut Maulud Nabi ada sembelih 17 ekor unta tidak?? Hebat Abu Jahal menyambut... Yang menyambut itu bukan yang bernama Abu Bakar, bukan yang bernama Umar, Uthman ataupun Ali ataupun sesipa yang lain tetapi yang sambut itu orang-orang sepertimana Abu Jahal. Tapi ini bukan analogi tentang tajuk yang diberikan di atas tidak. tetapi penghujung daripada perceritaan sambutan tersebut, siapa yang sambut atau sesipa yang tidak sambut adakah itu merupakan persoalan yang penting. Sebaliknya jikalau kita melihat yang menyambut itu tidak mendapat jaminan syurga bersama dengan Nabi  sebaliknya yang tidak menyambut itu yang mendapat kedudukan bersama dengan Rasulullah s.a.w.
 

Saturday, February 5, 2011

IMAN (^_^)





Heart.........
Can you tell me?
What is the meaning of  'IMAN '?
I am trying to find out but.....
It is very far away...


                                                                                          Iman.....
                                                                                          You are very nice..
                                                                                          Can I see and hear you well from there?
                                                                                          I would like to have and I want to have
                                                                                          Tell me... what am i to do??


How long must I wait?
Tomorrow or the day after tomorrow?
Next week? Next month? Next year?
When???


                                                                                            Iman.....
                                                                                            When I looking up and try
                                                                                            To touch the  sky
                                                                                            Wishing so much to go back
                                                                                            To those day, time,
                                                                                            To live............ To live with you...


Heart........
I could make  the sunshine
From pure desire
Let me feel you... ' IMAN '.
Come over me...

~CINTAILAH ILLAHI~ Moga mendapat CINTA yang hakiki....


            أحبوالله لما يغذوكم به من نعمه وأحبونى الله تعالى
        
Maksudnya: Cintailah Allah, kerana ia memberi kepada kamu daripada nikmat-nikmat Nya dan cintailah aku kerana Allah Ta'ala...                                                        


                                         
" CINTA amat mahal takrifnya, itulah yang difitrah oleh Allah S.W.T kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan, tetapi gagal dilihat pada zahirnya kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya, Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia padu yang kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu. Cinta tidak akan datang kalau tidak dicari, cinta juga tidak akan dapat kala tiada siapa yang memberi  tetapi mencari biarlah pada yang sudi. Bukan meminta pada yang simpati....." kata-kata yang suka diberikan kepada kekasih, dan terutamanya kepada sahabat yang baru ingin memulakan kisah percintaan mereka....

   Abu Sufyan berkata: Siapa yang mencintai orang yang mencintai Allah Ta'ala, maka sesungguhnya ia mencintai Allah. Dan sesiapa yang memuliakan orang yang memuliakan Allah Ta'ala, maka sesungguhnya ia memuliakan Allah.
    
    Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada Daud a.s: " Dustalah orang yang mendakwakan akan kecintaannya kepadaKu, apabila datang malam maka ia tidur jauh daripadaKu. Tidakkah setiap orang yang mencintai itu bercinta, bertemu denagn kekasihnya? maka adalah Aku ini maujud (berada) bagi orang yang mencari Aku."


Berkata yahya pula: Siapa yang tidak ada padanya tiga perkara, maka tidaklah ia orang yang mencintai Allah:- 

  1. Mengutamakan kalam (perkataan) Allah Ta'ala di atas perkataan manusia.
  2. Mengutamakan bertemu dengan Allah Ta'ala daripada bertemu dengan makhluk.
  3. Mengutamakan ibadah daripada melayani makhluk.
Diantara tanda-tanda kecintaan hamba kepada Allah : -

  • Bahawa ia tidak bersedih hati di atas apa yang luput (pergi) daripadanya, dari apa yang selain Allah 'Azzawajalla.
  • Dan bersangatanlah kesedihan hatinya di atas keluputan setiap saat yang kosong dari zikir dan taat kepada Allah Ta'ala. Maka banyaklah kembalinya ketika lalai, kepada Allah Ta'ala dengan meminta dikasihani, mencela diri dan bertaubat.
  • Bahawa ia bernikmat-nikmatan dengan taat dan ia tidak merasa berat dengan ketaatan itu dan hilanglah daripadanya kepayahan mengerjakan ketaatan.
  • Ada ia kasih sayang kepada semua hamba Allah, penyayang kepada mereka, bersikap keras kepada semua musuh Allah dan kepada setiap orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak disukai oleh Allah.
    Yakinlah bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta yang kecil iaitu cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada manusia. Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayalah janji-janji Allah di akhirat ialah penawar yang paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia.


    Bertanyalah kepada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih YA, maka nyalakan harapan itu 'KEEP HOPE ALIVE!'. berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakapilah CINTA ALLAH erat-erat. Moga perubahan diri kita membuahkan harapan yang juga merubah pasangan kita.


                                                  

Hukum meluahkan PERASAAN

      BOLEHKAH BERCINTA MELALUI SURAT ? DIMANA DALAM SURAT ITU
       TERKANDUNG NASIHAT DI SAMPING TURUT MENYATAKAN PERASAAN
      MASING2. ADAKAH BERDOSA JIKA BERCAKAP DENGAN TELEFON BIMBIT
 ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN MAHRAM?
                                                                
    Tiada sesiapapun yang dapat melarikan                              Ertinya cinta itu sebenarnya bukan kerana Allah                                          
diri dari perasaan mencintai dan dicintai.                              tetapi kerana cinta yang berlandaskan nafsu, hasil
Hati2 lah dengan cinta. Rasa cinta itu boleh                         dari pelanggaran syariat (hukum). Lebih baik
berpunca dari dua sumber, samaada daripada                     berunding untuk segera berkahwin supaya
Allah atau daripada nafsu. Cinta berlandaskan                     percintaan dijalin mngikut syariat. Kita selamat
nafsu akan menyebabkan mereka tercampak                      dari kemurkaan Allah S.W.T. Suara perempuan
kepada mereka. Misalnya lelaki jatuh cinta                         yang digunakan walaupun percakapan melalui
kepada perempuan kerana kecantikannya,                          telefon bimbit bukan urusan penting adalah
perempuan pula jatuh cinta kerana pangkat                         dilarang. Perempuan boleh bercakap dengan
, kacak, istimewa, dan berharta.                                         lelaki tetapi dengan syarat bercakap dengan suara
                                                                                         yang tidak menggoda. Sebaliknya kalau ada
   Itulah cinta yang hanya disenangi oleh                               luahan kasih adalah dilarang sama sekali kerana
nafsu, bukannya hati. Cinta yang begini                                takut datang daripada godaan nafsu.
mudah menyebabkan kedua2 nya
tergelincir ke lembah maksiat. Hati akan                            
terdorong untuk berutus surat, bercakap
melalui telefon dan sering berdua2an                                                                
menyatakan hasrat hati, sehingga ke tahap
perempuan sanggup mengadaikan
kehormatan demi cinta. Apabila terlajak                                                               
barulah menyesal.                                                                                                             

    Berlainan dengan cinta yang datang daripada
Allah S.W.T, seperti cinta kepada Allah, Rasulullah

s.a.w, sahabat, orang soleh dan orang2 yang


mencintai Allah. Cinta itu datang daripada hati yang
suci dan ikhlas kerana Allah S.W.T. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud; "sesungguhnya orang yang
beriman dan beramal soleh, Allah yang Maha 
Pemurah akan menambah dalam hati mereka 
rasa kasih sayang". Mengenai masalah yang
berkaitan dengan cinta antara lelaki dengan perempuan
yang bukan mahram. Walaupun pada peringkat awalnya
hubungan melalui surat atau telefon dilakukan dengan
niat yang baik, untuk berdakwah, tetapi ia tetap salah
dari segi syariat kerana perhubungan itu masih
boleh dicelahi oleh syaitan.

    Oleh kerana itu syariat tidak membolehkan
percintaan yang begini, kecuali disalurkan dengan                                                          
ikatan perkahwinan, sebenarnya berdakwah melalui 
surat atau telefon bimbit boleh, malah elok, tetapi 
biarlah orang yang benar2 kuat iman, disamping itu 
tidak berniat langsung untuk memikat.

  
     Kebiasaan pengalaman orang yang bercinta, mula2
memang mngaku cinta suci, jujur, ikhlas dan berniat
baik kerana Allah S.W.T. Tanpa disedari, sebenarnya 
membuat hubungan antara lelaki dan perempuan
melanggar syariat. Tidak mustahil syaitan akan mencelah 
untuk memesongkan pasangan itu ke arah lain hingga 
melanggar batas2 syariat yang lebih jauh lagi,
sekalipun kita kata cinta kita cinta suci, ikhlas dan
jujur kerana Allah S.W.T.