Saturday, June 12, 2010

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH (^_^)















Mampukah ana menjadi seperti SITI KHADIJAH??
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan di jalan fisabilillah
susah dan senang rela bersama...


Dapatkah ana mendidik jiwa seperti SITI AISYAH??
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mata ana
melihat pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika ana marah
Ingin ana intip serpihan sabar
kerana sabar mencerminkan keredhaan kita kepada Allah

Dari catatan hidup SITI SARAH...

Ingin ana tabahkan hati ini
Setabah umi Nabi ISMAIL
menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah

itulah wanita SITI HAJAR..

Mampukah ana menjadi wanita SOLEHAH??????????
Persoalan yang sering berputar di fikiran ana
Sanggup berkorban hanya untuk Allah dan Rasulnya
Mati dalam keunggulan IMAN
Bersinar indah harum tersebar

Bagai wanginya pusara MASYITAH....

0 comments: