Monday, December 5, 2011

~WiFi rosakkan sperma~

PENEMUAN

Jika anda seorang lelaki yang gemar menggunakan perkhidmatan Internet wayarles (WiFi), tidak salah untuk berwaspada dengan penemuan ini.
Dalam kajian yang disiarkan oleh Junarnal Fertility and Sterility baru-baru ini mendedahkan bahawa komputer riba dengan WiFi berisiko ununtuk mengancam kualiti sperma.
Kajian makmal oleh penyelidik di Argentina dan Amerika Syarikat itu mendapati bahawa isyarat WiFi yang di dekatkan dengan sel sperma di dapati mengurangkan kualiti sperma serta merubah kod genetik. 
Namun Begitu, pengkaji mendapati bahawa suhu panas yang dihasilkan daripada komputer riba tersebut turut menjadi sebab mengapa kualiti sperma menurun kerana sel tersebut sensitif terhadap suhu panas.
Ramai pakar menjelaskan bahawa kajian tersebut perlu dilakukan dengan lebih teliti untuk membuktikan kesahihannya.

0 comments: