Monday, December 5, 2011

~WiFi rosakkan sperma~

PENEMUAN

Jika anda seorang lelaki yang gemar menggunakan perkhidmatan Internet wayarles (WiFi), tidak salah untuk berwaspada dengan penemuan ini.
Dalam kajian yang disiarkan oleh Junarnal Fertility and Sterility baru-baru ini mendedahkan bahawa komputer riba dengan WiFi berisiko ununtuk mengancam kualiti sperma.
Kajian makmal oleh penyelidik di Argentina dan Amerika Syarikat itu mendapati bahawa isyarat WiFi yang di dekatkan dengan sel sperma di dapati mengurangkan kualiti sperma serta merubah kod genetik. 
Namun Begitu, pengkaji mendapati bahawa suhu panas yang dihasilkan daripada komputer riba tersebut turut menjadi sebab mengapa kualiti sperma menurun kerana sel tersebut sensitif terhadap suhu panas.
Ramai pakar menjelaskan bahawa kajian tersebut perlu dilakukan dengan lebih teliti untuk membuktikan kesahihannya.

Saturday, December 3, 2011

~Wahai WANITA...~



Cuba Antunna fikir kenapa wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki???
kenapa tak diambil dari kepala???
kenapa tak diambil dari kaki???
kenapa tak diambil dari tangan???
atau tubuh yang lain???
sebabnya..
wanita tidak dicipta dari kepala lelaki supaya tidak mengungguli kudrat lelaki..
wanita tidak dicipta dari kaki lelaki supaya tidak dihina dan DIPIJAK2 oleh lelaki
wanita tidak dicipta dari tangan lelaki supaya tidak dipukul,disepak,dilempang or ape2 je la yg guna tgn...
TAPI KENAPA TULANG RUSUK???
bukan tulang belakang or tulang rawan ker..tulang tangan ker..tulang kaki ker...
ok..Antunna akan paham melalui hadith ni


Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:


Artinya:
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Antum meluruskannya, sama artinya Antum memecahkannya. Jika Antum biarkan, dia akan tetap bengkok. Karena itulah, Antum harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan.


paham tak maksud hadith ni????


kalau x paham meh ana terangkan dgn lebih mudah... (",)


Jika Antum meluruskannya, sama artinya Antum memecahkannya - ni maksudnya, wanita ini ada kekurangannya...mungkin dari sifatnya...so as a men or suami antunna kene la tau sifat buruk isteri antum...boleh diperbaiki dgn syarat secara lembut..bukan rentap atau paksa ok...


Jika Antum biarkan, dia akan tetap bengkok - ni lak maksudnya kalau tidak diperbaiki, isteri or wanita ini akan terus dgn sifat buruknya... (^_^)Vv
WallahhuA'lam