Tuesday, November 8, 2011

~SIAPAKAH KITA?~

..Bismillahirrahmanirrahim..


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang memberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Orang yang tidak mahu melakukan ibadah tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatan.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia marah.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian da dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak mengendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata ' Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun '. Lalu sambil berkata , ' Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini ', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Adalah Orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya  lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendeksedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang beria-ria berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang sentiasa mempertingkatkn ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur dalam hidupnya?
Orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang tidak solat kerana hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan solatnya, pertama sekiranya ia haid kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang muda yang selalu menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang  mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mati membawa amal-amal kebakan di mana kuburnya akan d perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya dihimpitkan.

Siapakah orang yang mempunya akal?
Orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia sebelum menghindari seksa api neraka.


..Wallahua'alaam..
                                                                

0 comments: