Friday, November 11, 2011

~Saling Mencintai di jalan ALLAH~

Mutiara Yaqut bewarna Merah
                              

Rasulullah SAW menegaskan bahawa  orang yang saling cinta mencintai di dunia kerana Allah, akan di sediakan syurga yang keindahannya laksana bintang yang cemerlang:


 "Orang-orang yang saling mencintai akan melihat bilik-biliknya di syurga sedemikian indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat"



Dalam hadis  lain Rasulullah SAW menjelaskan mengenai ganjaran yang bakal diterima di syurga bagi orang-orang yang saling berkasih sayang:


"Mereka yang berkasih sayang di jalan Allah, adalah di atas suatu tiang dari mutiara yaqut yang bewarna merah. Pada puncak tiang itu ada tujuh puluh ribu bilik. Mereka itu melihat kepada penduduk-penduduk syurga  yang bercahaya sebagaimana matahari memberi cahaya kepada penduduk dunia. Maka berkatalah penduduk syurga, "Datanglah kepada kami supaya kami melihat kepada orang-orang yang berkasih sayang di jalan Allah."
Wajah mereka memancarkan sinar, mereka memakai kain sutera bewarna hijau, yang tertulis pada dahi mereka, "Orang-orang yang berkasih sayang pada jalan Allah."

( H.R. At-Tirmidzi)


0 comments: