Mutiara Yaqut bewarna Merah
Rasulullah SAW menegaskan bahawa orang yang saling cinta mencintai di dunia kerana Allah, akan di sediakan syurga yang keindahannya laksana bintang yang cemerlang:
"Orang-orang yang saling mencintai akan melihat bilik-biliknya di syurga sedemikian indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat"
"Mereka yang berkasih sayang di jalan Allah, adalah di atas suatu tiang dari mutiara yaqut yang bewarna merah. Pada puncak tiang itu ada tujuh puluh ribu bilik. Mereka itu melihat kepada penduduk-penduduk syurga yang bercahaya sebagaimana matahari memberi cahaya kepada penduduk dunia. Maka berkatalah penduduk syurga, "Datanglah kepada kami supaya kami melihat kepada orang-orang yang berkasih sayang di jalan Allah."
Wajah mereka memancarkan sinar, mereka memakai kain sutera bewarna hijau, yang tertulis pada dahi mereka, "Orang-orang yang berkasih sayang pada jalan Allah."
( H.R. At-Tirmidzi)
0 comments:
Post a Comment