Saturday, May 28, 2011

Kelebihan memberi 'MAAF'

                                                                   

     Secara alami, seseorang apabila ditimpa sesuatu yang buruk disebabkan tindakan orang lain selalunya akan membiri riaksi negatif. Dalam hatinya akan muncul perasaan dendam. Kemungkinannya orang tersebut akan membalasnya dengan tindakan yang sama, atau mambalasnya dengan tindakan yang lebih buruk daripada yang menimpanya.

     Adakah membalas dengan perlakuan yang sama lantas perasaan dendam itu akan hilang? TIDAK. Lalu setelah membalas perlakuan buruk dengan yang lebih buruk, apakah perasaan dendam itu akan hilang, kerana berasa puas dengan tindakan yang membuat pembalasan yang lebih? sekali lagi tidak. Perasaan dendam itu tidak akan hilang, walaupun perlakuan buruk telah dibalas dengan yang lebih buruk.Perasaan negatif itu akan muncul tanpa boleh dibendung, kecuali dengan meMAAFkan..
     
     Kemungkinan seterusnya adalah orang yang ditimpa perkara yang lebih buruk, akan membalasnya kembali dengan yang lebih buruk lagi. Kemuncaknya adalah, salah seorang dari keduanya akan terkorban. Lalu, keluarga yang terkorban akan membalasnya dengan mengorbankan musuhnya. Akhirnya wujud permusuhan yang berpanjangan antarakeluarga, antara kumpulan, antara parti, dan sebagainya. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya semua orang akan bertindak sedemikian dalam sebuah negara? Kedamaian akan hilang.

     Jadi apa langkah yang sesuai ditimpa sesuatu yang buruk disebabkan tindakan orang lain? sekali lagi, mamaafkan orang tersebut. Ada rahsia yang tidak nampak oleh mata kasar ketika kita meMAAFkan. Jika kita memaafkan orang yang melakukan hal buruk, ada kemungkinan ia pun akan meminta memaafkan kita. Paling tidak, orang yang memaafkan akan terhindar daripada belenggu perasaan dendam yang akan terus menyeksa batinnya. Langkah selanjutnya adalah berSABAR atas apa yang menimpa. Dan, kebahagiaan akan muncul mewarnai jiwanya. Sebab, memaafkan dan sabar hanya lahir dari hati yang bahagia.

     Allah telah memberikan bimbingan kepada Rasulullah s.a.w dan umat baginda melalui firman- Nya. "Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpa kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang bersabar". (surah an-Nahl [16]: ayat 126)

     Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ayat ini turun ketika Rasulullah s.a.w melihat jenazah Hamzah yang gugur sebagai syahid dalam perang Uhud dengan keadaan tubuhnya yang amat memprihatinkan. Seketika itu, Rasulullah berucap, "Sungguh aku akan membalas dendam kepada orang kafir, Aku benar-benar akan membunuh 70 orang di antara mereka". Dan, turunlah ayat ini. Allah memberikan nasihat kepada Rasulullah agar bersabar. Kerana itu adalah yang terbai. Dan, khirnya Rasulullah membatalkan niatnya untuk membalas dendam. Maka memaafkan dan sabar adalah langkah yang paling tepat bagi siapa sahaja yang menginginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
                                                                            

Antara DULU dan KINI


JAHILIYYAH DAHULU

Wanita-wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki lain akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud, Mana-mana lelaki yang ingin malakukannya seks bebas, maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana yang disukainya...

JAHILIYYAH MODEN

Usahkan rumah, kini, bilik hotel, kelab malam, Pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan HARAM.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
AHILIYYAH DAHULU

Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah, tetapi menginginkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya.

JAHILIYYAH MODEN

Tidak hairan lah sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga, seks bebas & zina akan menjdi amalan mereka. Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina, iaitu memuaskan hawa nafsu semata-mata sedangkan  ia tidak akan pernah kenyang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

JAHILIYYAH DAHULU

Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki-lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan itu nanti.

JAHILIYYAH MODEN

Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab. Akibat tekanan hidup dan perasaan, bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti  "sampah".
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelaslah bahawa Jahiliyyah moden adalah lebih ekstrim impaknya dan lebih agresif perjalanannya berbanding dengan Jahiliyyah dahulu (sebelum kedatangan ISLAM) . Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada menusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri. Namun malangnya, kini wanita tidak lagi menghargai kebebasan itu kerana mereka sekali lagi menjual tubuh mereka secara SUKARELA. Adakah anda rela sekiranya pengabaian HUKUM HIJAB ini terus berlaku ?? Jika tidak, kekalkan hijab anda, dan bantu mereka yang di sekeliling anda untuk menyelami erti kata HIJAB yang sebenar.... 'tepuk dada tanya IMAN'...


Friday, May 20, 2011

Dia pesuruh ALLAH..~



Dia pesuruh Allah
lahir sebagai anak yatim piatu
tetapi membesar dengan membawa rahmat.

Ketika beruzlah di Gua Hira'
datanglah malaikat Jibril membawa wahyu
mengajar Nabi menyebut Iqra’.

Menyebarkan Islam bermulalah sudah
di Makkah sedikit saja yang percaya
berhijrahlah Nabi dan sahabat ke Madinah.

Sampai di Madinah disambut dengan meriah
mulalah Nabi dan sahabat membina Masjid Quba
Ansar pula menghulurkan bantuan.

Bermulalah misi dakwah
bersaudaralah Muhajirin dan Ansar
saling bersatu padu berkasih sayang.
 
Dialah kekasih Allah
kehidupannya sederhana sekali
rela berkorban demi umatnya.

Akhlak mulia menjadi kebiasaan Nabi
dia mudah memaafkan, senyumnya memikat hati
berkasih sayang kepada semua makhluk.

Pemergian Nabi ditangisi
Umar terus menghunuskan pedangnya
Abu Bakar datang meredakan suasana.

Dialah insan teladan
meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah
supaya menjadi panduan kepada umatnya.

Di Jalan Bahagia

Di jalan bahagia ini
terasa keinsafan
terasa kehambaan
terasa kelemahan
terasa takut kepadaNya.

Di jalan bahagia ini
terasa ingin sederhana
terasa cukup segalanya
terasa zuhud kepadaNya
terasa syukur kepadaNya.

Di jalan bahagia ini
bersama hidayahNya
terasa bermujahadah
terasa berhijrah
terasa bermujahadah diri.

Di jalan bahagia ini
bersama keimanan
bersama amalan
bersama kasih sayang
bersama ketaqwaanNya.

Di jalan bahagia ini
terasa cinta Ilahi
mengingatiNya menjadi tenang
terasa kebesaranNya
beribadah kepadaNya penuh khusyuk.

Di jalan bahagia ini
terasa cinta RasulNya
berselawat kepadanya
dengan dihayati
kagum dengan sunnahnya
terpesona dengan akhlaknya.

Di jalan bahagia ini
berpandukan al-Quran
berpandukan as-Sunnah
menghayati kitabNya
mengamalkan sunnah RasulNya.

Di jalan bahagia ini
indahnya hidup bersama Ilahi
indahnya hidup bersama Nabi
bersama keredhaanNya
bersama perlindunganNya.

Xin shang de Rasulullah (Kekasihku Rasulullah)




Xin shang de Rasulullah
ren er you xiao de mian
pang ta cheng zai shen qiu
gei wo chun guang.

Xin shang de Rasulullah
ren er you duo shao bao
zang ta neng zai hei yei
gei wo tai yang.

Kekasihku Rasulullah
senyumanmu memberi wajah
musim bunga dalam
musim luruh.

Kekasihku Rasulullah
cahayamu menyuluh
pada malam
berjelaga penuh.