Tuesday, March 15, 2011

MuQaLb~

                                    Ibrah Dari Sohabah


Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang persahabatan.


Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dia adalah ladang hati yang kau taburi dengan kasih sayang dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian .


Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "TIDAK" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "YA".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya, kerana tanpa ungkapan kata dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat dan keinginan lahirkan bersama dan di kongsi denagn kegembiraan yang tidak terkira.
Di kala berpisah dengan sahabat tiada kau berdukacita, Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau  nampak lebih jelas dalam ketiadaannya.bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah dataran.


Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan, Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan, hanya menangkap yang tiada diharapkan.


Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?


Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang boleh mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
dan dalam manisnya persahabat, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


Dan sertailah dengan kata-kata suci penegur diri agar bukti ukhuwah kita tetap bersemi....Ameen........


Hak seseorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara:

  1. Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah memberi salam.
  2. Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya.
  3. Apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya.
  4. Apabila beliau bersin dan menyebut Alhamdulillah, hendaklah engkau menyebut yaharmukallah / yaharmukillah.
  5. Apabila beliau sakit hendaklah kamu menziarahinya.
  6. Apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringinya. 

                                                                 (Hadis Riwayat Muslim)  

               But if the while I think on thee, dear friend,
               All losses are restored and sorrows end.
                              William shakespeare