Friday, February 18, 2011

Ya Rasulullah...sedihnya hati ini...

                                                                        
                                
              SAENGIL CHUKKA HAMNIDA YA RASULULLAH
Tanggal 12 rabi'ul awal dalam kalendar suatu masa dahulu mencatatkan satu pristiwa yang pasti dan satu peristiwa yang terdapat perselisihan di kalangan ulama' berkenaan dengannya. Buka lah kitab2 sirat lihatlah pada tanggal 12 Rabi'ul awal dalam kalendar umat islam ataupun kita katakan dalam kalendar sirah perjalanan agama ini di atas muka bumi Allah ada dua kisah yang saling bercampur-baur perasaannya di mana yang dimasyhurkan di atas muka bumi ini pada tanggal 12 rabi'ul awal itu tanggal kelahiran baginda NABI S.A.W, sedangkan bagi mereka yang merintis kelak dengan pengisian yang sebenarnya tanggal 12 rabi'ul awal adalah tanggal yang diperselisihkan berkenaan dengan kelahiran. Tidak apa kita tinggalkan pengisian tersebut sementara.

   Namun tanggal 12 rabi'ul awal secara pastinya disepakati oleh kesemua ulama' tarikh bahawasanya ianya merupakan tarikh kewafatan baginda NABI S.A.W. Justeru secara peribadinya pada tangaal 12 rabi'ul awal ini kadang kala ada sedikit pembabit dalam diri, samaada ingin bergembira dengan lahirnya insan yang bernama Muhammad ini ataupun bersama-sama dengan segilingan besar para sahabat ataupun bersama dengan para sahabat yang lain merasai akan kehilangan insan yang cukup disayangi bukan sekadar kawan-kawan ataupun sahabat tetapi seluruh alam ini merintih akan kehilangannya. Itu yang disepakati oleh ulama 12 rabi'ul awal tanggal kewafatan baginda. Dimana kalau kita hendak menghayati sirah dalam erti kata penghayatan yang sebenarnya antara titik nokhtah yang perlu kita lihat secara lebih teliti ialah saat-saat penghujung kehidupan baginda sehinggalah menemui Allah pada tanggal 12 rabi'ul awal sebab jikalau hendak di rujuk pada tanggal 12 rabi'ul awal atas sifatnya tanggal kelahiran antum bukalah kitab-kitab sirah yang disampaikan di masjid-masjid atau kuliah. Tidak banyak yang dapat di ceritakan pada tanggal 12 melainkan beberapa kisah yang penting antaranya dimusnahkan akan tentera abrahah pada tahun tersebut. Di kisahkan juga berkenaan dengan perselisihan ulama' samaada nabi itu lahir berkhatan ataupun tidak. Walaupun yang sahihnya nabi itu di lahirkan berkhatan itu pendapat ulama' yang kita boleh tengok dalam kitab sirah nabawiyyah itu antara pendapat yang diketengahkan.

     Sedikit perjalanan kehidupannya dengan adik-beradik susuannya dan ibu susuannya sebab kisah dengan ayah tidak berlaku kerana Nabi Muhammad di kandungkan di dalam perut ibu yang sudah kematian ayahnya. Kisah dengan ibunya juga adalah perjalanan yang terlalu singkat dilahirkan dan kemudian diserahkan kepada Halimatus Sa'diah. Menjalani dua kehidupan bersama dengan halimatus sa'diah kehidupan yang pertama biasa, sampai tempoh perjanjian di serahkan kembali kepada ibunya dengan permintaan untuk diambil kembali dalam masa yang sama melainkan diserahkan untuk kali yang ke dua selepas berlakunya peristiwa yang membelah dada. Itu sahaja. Melainkan selepas daripada kelahiran tersebut yang paling hampir untuk diceritakan dan dalam perceritaan yang panjang hanyalah selepas daripada Nabi itu bermula daripada ber'uzlah di gua hira'. Bermulalah sirah yang panjang, kalau tidak sirah sebelum daripada itu cuma menyentuh tentang masyarakat arab. Bukalah dalam kitab hayatul makhtum yang tebal bahagian awal itu tidak menceritakan tentang diri Rasulullah s.a.w itu yang sebenarnya sebab pada waktu itu Rasulullah tidak lahir lagi. Diceritakan keadaan masyarakat arab yang teruk, rosak akhlak mereka, fitrah manusia itu bertukar kepada fitrah kebinatangan itu kisahnya. Diceritakan juga raja-raja yang hidup sebelum daripada Nabi s.a.w bagaimana kaum yahudi yang ditawan oleh nasiobunism dan lain-lain. Kisah yang kita katakan segala-gala itu tidak ada kaitan dengan  Baginda Nabi s.a.w secara khusus. Melainkan kisah yang panjang berkenaan dengan sirah Nabi itu dikisahkan selepas Nabi berumur 40 tahun daripada kelahirannya yang awal. 40 tahun sehingga menghinggap usianya 63 tahun ke arah era-era menuju kematian itu yang lebih panjang kisahnya daripada era-era sebelum 40 tahun.

      Bercakap mengenai selamat hari lahir ya Rasulullah, bimbang takut tidak dapat mencapai maksud menyambut akan ketibaan Nabi yang agung ini sebab bukan itu yang Nabi hajatkan. Tetapi objektif tetap akan tercapai iaitu untuk menghadirkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w insyaAllah itu matlamat kita yang utama. Sebab kalau hendak dikisahkan akan ucapan 'Happy Birthday to You Muhammad', kalimah ini awal-awal di ucapkan oleh siapa anda tahu?.... ABU JAHAL.. Abu Jahal mengucapkan kalimah ini dalam ertikata menyambut akan kelahiran Baginda Nabi, bukan sambutan yang biasa tetapi disembelihnya dalam riwayat disebutkan 17 ekor unta. Kita sambut Maulud Nabi ada sembelih 17 ekor unta tidak?? Hebat Abu Jahal menyambut... Yang menyambut itu bukan yang bernama Abu Bakar, bukan yang bernama Umar, Uthman ataupun Ali ataupun sesipa yang lain tetapi yang sambut itu orang-orang sepertimana Abu Jahal. Tapi ini bukan analogi tentang tajuk yang diberikan di atas tidak. tetapi penghujung daripada perceritaan sambutan tersebut, siapa yang sambut atau sesipa yang tidak sambut adakah itu merupakan persoalan yang penting. Sebaliknya jikalau kita melihat yang menyambut itu tidak mendapat jaminan syurga bersama dengan Nabi  sebaliknya yang tidak menyambut itu yang mendapat kedudukan bersama dengan Rasulullah s.a.w.
 

0 comments: