SAENGIL CHUKKA HAMNIDA YA RASULULLAH
Tanggal 12 rabi'ul awal dalam kalendar suatu masa dahulu mencatatkan satu pristiwa yang pasti dan satu peristiwa yang terdapat perselisihan di kalangan ulama' berkenaan dengannya. Buka lah kitab2 sirat lihatlah pada tanggal 12 Rabi'ul awal dalam kalendar umat islam ataupun kita katakan dalam kalendar sirah perjalanan agama ini di atas muka bumi Allah ada dua kisah yang saling bercampur-baur perasaannya di mana yang dimasyhurkan di atas muka bumi ini pada tanggal 12 rabi'ul awal itu tanggal kelahiran baginda NABI S.A.W, sedangkan bagi mereka yang merintis kelak dengan pengisian yang sebenarnya tanggal 12 rabi'ul awal adalah tanggal yang diperselisihkan berkenaan dengan kelahiran. Tidak apa kita tinggalkan pengisian tersebut sementara.
Namun tanggal 12 rabi'ul awal secara pastinya disepakati oleh kesemua ulama' tarikh bahawasanya ianya merupakan tarikh kewafatan baginda NABI S.A.W. Justeru secara peribadinya pada tangaal 12 rabi'ul awal ini kadang kala ada sedikit pembabit dalam diri, samaada ingin bergembira dengan lahirnya insan yang bernama Muhammad ini ataupun bersama-sama dengan segilingan besar para sahabat ataupun bersama dengan para sahabat yang lain merasai akan kehilangan insan yang cukup disayangi bukan sekadar kawan-kawan ataupun sahabat tetapi seluruh alam ini merintih akan kehilangannya. Itu yang disepakati oleh ulama 12 rabi'ul awal tanggal kewafatan baginda. Dimana kalau kita hendak menghayati sirah dalam erti kata penghayatan yang sebenarnya antara titik nokhtah yang perlu kita lihat secara lebih teliti ialah saat-saat penghujung kehidupan baginda sehinggalah menemui Allah pada tanggal 12 rabi'ul awal sebab jikalau hendak di rujuk pada tanggal 12 rabi'ul awal atas sifatnya tanggal kelahiran antum bukalah kitab-kitab sirah yang disampaikan di masjid-masjid atau kuliah. Tidak banyak yang dapat di ceritakan pada tanggal 12 melainkan beberapa kisah yang penting antaranya dimusnahkan akan tentera abrahah pada tahun tersebut. Di kisahkan juga berkenaan dengan perselisihan ulama' samaada nabi itu lahir berkhatan ataupun tidak. Walaupun yang sahihnya nabi itu di lahirkan berkhatan itu pendapat ulama' yang kita boleh tengok dalam kitab sirah nabawiyyah itu antara pendapat yang diketengahkan.
Bercakap mengenai selamat hari lahir ya Rasulullah, bimbang takut tidak dapat mencapai maksud menyambut akan ketibaan Nabi yang agung ini sebab bukan itu yang Nabi hajatkan. Tetapi objektif tetap akan tercapai iaitu untuk menghadirkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w insyaAllah itu matlamat kita yang utama. Sebab kalau hendak dikisahkan akan ucapan 'Happy Birthday to You Muhammad', kalimah ini awal-awal di ucapkan oleh siapa anda tahu?.... ABU JAHAL.. Abu Jahal mengucapkan kalimah ini dalam ertikata menyambut akan kelahiran Baginda Nabi, bukan sambutan yang biasa tetapi disembelihnya dalam riwayat disebutkan 17 ekor unta. Kita sambut Maulud Nabi ada sembelih 17 ekor unta tidak?? Hebat Abu Jahal menyambut... Yang menyambut itu bukan yang bernama Abu Bakar, bukan yang bernama Umar, Uthman ataupun Ali ataupun sesipa yang lain tetapi yang sambut itu orang-orang sepertimana Abu Jahal. Tapi ini bukan analogi tentang tajuk yang diberikan di atas tidak. tetapi penghujung daripada perceritaan sambutan tersebut, siapa yang sambut atau sesipa yang tidak sambut adakah itu merupakan persoalan yang penting. Sebaliknya jikalau kita melihat yang menyambut itu tidak mendapat jaminan syurga bersama dengan Nabi sebaliknya yang tidak menyambut itu yang mendapat kedudukan bersama dengan Rasulullah s.a.w.
0 comments:
Post a Comment