Saturday, February 5, 2011

~ Sentiasa prihatin dengan Allah..

                                                                        
     Sebenarnya do'a adalah satu keistimewaan bagi org islam. Sesuatu yang Allah S.W.T anugerahkan special kepada orang islam. Kita sentiasa bersifat positif dan bersikap positif dalam hidup, kerana kita sentiasa dalam berhubungan terus dengan Allah - iaitu pihak yang paling berkuasa dalam alam ini.


     Bayangkan - kita sentiasa boleh berhubung secara langsung dengan pihak yang paling berkuasa dalam alam. siapa lagi yang boleh berbuat demikian ! dan Allah S.W.T Maha Mendengar. Dia mendengar permohonan kita, dan Dia sentiasa prihatin dengan kita asalkan kita pun hendaklah sentiasa prihatin dengan Dia.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 186:

         وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى 
                                      (186)  وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ          

            
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


(And when My servants question thee (Nabi Muhammad SAW) concerning Me, then surely I am nigh (near). I answer the prayer of the suppliant when he crieth unto Me. So let them hear My call and let them trust in Me, in order that they may be led aright. (186)  )



      Maksunya Allah sentiasa prihatin dengan kita asalkan kita pun mestilah sentiasa prihatin terhadap Allah. Tetapi bagaimanakah caranya untuk kita sentiasa prihatin dengan Allah ? Inilah salah satu daripada caranya, iaitu kita membaca do'a 2 harian..
                                                                                                         

0 comments: