Saturday, February 5, 2011

~CINTAILAH ILLAHI~ Moga mendapat CINTA yang hakiki....


            أحبوالله لما يغذوكم به من نعمه وأحبونى الله تعالى
        
Maksudnya: Cintailah Allah, kerana ia memberi kepada kamu daripada nikmat-nikmat Nya dan cintailah aku kerana Allah Ta'ala...                                                        


                                         
" CINTA amat mahal takrifnya, itulah yang difitrah oleh Allah S.W.T kepada hambanya. Cinta hanya tertulis pada perkataan, tetapi gagal dilihat pada zahirnya kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya, Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia padu yang kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu. Cinta tidak akan datang kalau tidak dicari, cinta juga tidak akan dapat kala tiada siapa yang memberi  tetapi mencari biarlah pada yang sudi. Bukan meminta pada yang simpati....." kata-kata yang suka diberikan kepada kekasih, dan terutamanya kepada sahabat yang baru ingin memulakan kisah percintaan mereka....

   Abu Sufyan berkata: Siapa yang mencintai orang yang mencintai Allah Ta'ala, maka sesungguhnya ia mencintai Allah. Dan sesiapa yang memuliakan orang yang memuliakan Allah Ta'ala, maka sesungguhnya ia memuliakan Allah.
    
    Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada Daud a.s: " Dustalah orang yang mendakwakan akan kecintaannya kepadaKu, apabila datang malam maka ia tidur jauh daripadaKu. Tidakkah setiap orang yang mencintai itu bercinta, bertemu denagn kekasihnya? maka adalah Aku ini maujud (berada) bagi orang yang mencari Aku."


Berkata yahya pula: Siapa yang tidak ada padanya tiga perkara, maka tidaklah ia orang yang mencintai Allah:- 

  1. Mengutamakan kalam (perkataan) Allah Ta'ala di atas perkataan manusia.
  2. Mengutamakan bertemu dengan Allah Ta'ala daripada bertemu dengan makhluk.
  3. Mengutamakan ibadah daripada melayani makhluk.
Diantara tanda-tanda kecintaan hamba kepada Allah : -

  • Bahawa ia tidak bersedih hati di atas apa yang luput (pergi) daripadanya, dari apa yang selain Allah 'Azzawajalla.
  • Dan bersangatanlah kesedihan hatinya di atas keluputan setiap saat yang kosong dari zikir dan taat kepada Allah Ta'ala. Maka banyaklah kembalinya ketika lalai, kepada Allah Ta'ala dengan meminta dikasihani, mencela diri dan bertaubat.
  • Bahawa ia bernikmat-nikmatan dengan taat dan ia tidak merasa berat dengan ketaatan itu dan hilanglah daripadanya kepayahan mengerjakan ketaatan.
  • Ada ia kasih sayang kepada semua hamba Allah, penyayang kepada mereka, bersikap keras kepada semua musuh Allah dan kepada setiap orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak disukai oleh Allah.
    Yakinlah bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta yang kecil iaitu cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada manusia. Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayalah janji-janji Allah di akhirat ialah penawar yang paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia.


    Bertanyalah kepada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih YA, maka nyalakan harapan itu 'KEEP HOPE ALIVE!'. berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakapilah CINTA ALLAH erat-erat. Moga perubahan diri kita membuahkan harapan yang juga merubah pasangan kita.


                                                  

0 comments: