Saturday, February 5, 2011

ISTIGHFAR kapada Allah S.W.T

                                                                                
ISTIGHFAR, kalimat yang sangat pendek, tetapi memiliki makna yang sangat dasyat, sangat mendalam,dan sangat indah dalam hidup kita. Istighfar memiliki dua makna.

     Pertama. setiap kali kita mengucap astaghfirullah hal 'adzim, beerti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutup aib2 kita. Semakin kerap kita beristighfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan dan aib2. Kerana Allah sangat menyukai hamba-Nya yang terus beristighfar. Tidak ada satu pun antara kita yang bersih daripada dosa. Maka istighfar adalah kewajipan dan keperluan kita agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

     Kedua, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullah hal 'adzim, beerti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah dapat memperbaiki hidup kita, menguatkan akidah, membuat kita nikmat khusyuk dalam beribadah dan menjadikan kita berakhlak mulia.

                                                                                
      Subhanallah, Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan.Kerana itu tidak hairanlah hamba Allah yang bersungguh-sungguh beristighfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkat, semakin membawa kebaikan dan perbaikan, semakin bahagia, tenang dan menyenangkan  di dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w telah bersabda: " barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfarkepada Allah, maka Allah mempermudahkan urusannya disaat yang agak sukar baginya, Allah gembirakan saat dia bersedih dan Allah memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah dia duga."

      Kemudian, dalam Al-Quran surah Nuh ayat (10-12) Allah S.W.T berfirman maksudnya: "Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun". Nescaya Dia akan mngirimkan hujan kepada kamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak2 kamu, dan mngadakan untukmu kebun2 dan mngadakan pula didalamnya untukmu sungai2."

      Beristighfarlah kita kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujanyang berat. Allah memudahkan kita untuk mendapat rezeki-Nya. Allah hadirkan untuk kita anak2, generasi2 yang soleh & soleha, generasi robbani.Kemudian Allah memakmurkan negeri2 kitadan Allah sejahtrakan ia... Allah Hu Akbar!

      Kesimpulannya, istighfar bukan hanya sekadar ucapan yang tidak memberi apa2, tetapi ia adalah kewajipan kita sebagai zikir. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w tidak bangun daripada tempat tidur beliau selagi beliau tidak beristighfar 70 kali. Dalam hadis lain 100 kali. walau bagaimanapun, dia maksum, dijamin masuk syurga insyaAllah, dan bebas daripada dosa sekiranya kita beristighfar dengan hati yang mengingati Allah...

                            
                                              

0 comments: