Saturday, February 5, 2011

- Darah Turkiy adalah Darah ISLAM -


 Semalam ana berjaya menamatkan bacaan tentang satu buku..
Buku ini adalah cerita benar yang dituliskan oleh penulis itu sendiri...


Ia mngisahkan perjuangan orang turki islam...
Mereka berasa sambil lewa dengan agama islam sedangkan dalam masa yang sama musuh2 islam sedang meracuni fikiran umat islam di turkistan...
Ana cuba menghayatinya, perjuangan umat Islam di Turkistan..
si penulis sebenarnya berasal dari negara tersebut dan buku ini telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia..

Yup, cerita yang sangat memedihkan, menyedihkan..menyayat hati seandainya setiap orang memahami cerita ni.. Adakalanya ana terfikir kalaulah ana berada di situasi Qan (nama watak cerita) apa yang patut ana lakukan?? adakah ana dapat menahan segala penghinaan, sebatan, pengalaman yang mengerikan...? ana rasa jika ana berada di tempat Qan ana tidak dapat menahan segala penyiksaan itu.. Air mata darah keluar sekalipun tidak akan dapat menolong...



 Kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T & kekuatan semangat yang berada di dalam diri ANDA....


Komunis...yang datang dan menjanjikan pelbagai janji janji manis dan bagaimana umat Islam telah ditindas, telah terpengaruh dan seksaan yang diberikan sangat teruk..

seksaan ATEIS..




mereka pandai mempengaruhi akal fikiran manusia, terutamanya umat Islam di Turkistan ketika itu..


MasyaAllah...!


dalam buku ni ada jugak tertulis, di mana umat Islam yang lain? kenapa tidak datang umat Islam yang berada di Turkistan? betapa teruk mereka diperlakukan tetapi mana semangat kesatuan umat Islam itu?  ana sendiri pun memikirkannya...di mana umat Islam yang lain?? situasi ni seakan akan sama saja dengan apa yang berlaku beberapa tahun yang lepas di negara arab yang lain seperti...pakistan..afganistan...


Ana berharap sangat agar semua orang akan membaca penulisan (novel) ini dan dapat terbuka minda dan mata umat Islam tentang perlunya kita semua bangkit dan bersatu seperti zaman-zaman Nabi, khalifah Ar-Rasyidin dan para mujahideen yang sanggup memperjuangkan nyawa demi berpegang teguh dengan ajaran Islam & agama Allah...


InsyaAllah kemenangan akan tetap menjadi milik umat Islam suatu masa nanti..! 

0 comments: