Monday, June 14, 2010

AKHLAK



Fiman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia."


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sebesar-besar Kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau suka keadaan itu di ketahui oleh orang laen". (Riwayat Muslim)


KISAHNYA...
Pada suatu hari Khalifah Al-Makmun didatangi oleh tetamu yang ramai. Tetamu tersebut yang hadir dalam keadaan yang tidak putus-putus menyebabkan pelayan khalifah berasa amat letih dan lapar.Akhirnya semua pelayan nekad untuk beristirehat dan makan. Setelah sekumpulan tetamu pulang , Datang pula sekumpulan tetamu yang lain. Khalifah Al-Makmun memanggil pelayannya tetapi tiada seorang pun yang keluar. Khalifah Al-Makmun amat malu dengan tetamunya kerana kedegilan palayannya keluar.
Setelah dipanggil beberapa kali, keluarlah seorang pelayannya lalu berkata: "Wahai Amirul Mukminin, kami ini adalah manusia seperti tuanku juga dan bukannya malaikat. Baru sahaja kami masuk tuanku sudah panggil sehingga kami tidak sempat untuk makan. Apakah kami sebagai pelayan tidak boleh makan?? Oleh itu berilah kami peluang dan janganlah panggil kami sesuka hati tuanku saja."
Al-makmun hanya berdiam sambil menahan kemarahan kerana rungutan pelayannya itu. Bagi mengalihkan pandangan tetamunya Khalifah Al-Makmun berkata: "Wahai saudara-saudara! Antara pelayan dan majikan sememangnya mempunyai sifat bertentengan. Jika majikannya berakhlak buruk, maka pelayannya baik-baik belaka. Jika majikannya berakhlak baik maka pelayannya berakhlak tidak baik. Oleh sebab itu saya bersyukur kerana ramai dikalangan pelayan saya ini mempunyai akhlak yang buruk.Sudah tentulah perkara ini merupakan tanda bahawa saya diciptakan oleh Allah SWT sebagai seorang yang berakhlak baik." Tetamu yang ada hanya mampu tersenyum mendengarnya.


0 comments: